Jumat, 31 Mei 2013

Bulan Rejab



Antara kelebihan bulan Rejab ialah :

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Kemuliaan Rejab dgn malam Israk Mikrajnya.
Malam awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn


Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
Diampunkan dosanya yang lalu
Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
Terlepas dari dahaga di hari kiamat

Doa hari ini






Ya Allah,
Aku hamba Mu yang hina,
jangan Kau biarkan dosa2 ku di timpa kepada kedua Ibu Bapa ku,
Biarlah aku yang menanggung dosaku sendiri,
Ya Allah,
jadikan, aku insan yang penyabar
dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan MU
dan tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik
serta lindungi orang2 yang aku sayang
dan berkahilah mereka semua walau mereka menyakiti hati ku
kerana aku sayang mereka....aminn

Doaku untuk sahabat-sahabat :

Ya ALLAH,
tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan kami sama-sama berteduh.. Tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.. Aminnn..

Manusia suka memfitnah kerana


Manusia suka memfitnah kerana

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.
Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.
Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.Suka-suka.
Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.




Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....

Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.



Wallahua'lam.

Nasihat Ustaz Azhar Idrus


Ubat Hati


Doa Apabila Bersin