“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian”(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Minggu, 24 Februari 2013
5 Perkara
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian”(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)
hidup ini indah ..
ketika kau merasa keliru ...alihkan mata mu ke laut ...airnya cantik membiru dan penuh ketenangan...tapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya...
ketika kau merasa kecewa ...pandang lah ke sungai ...airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang ...
ketika kau merasa sedih ...pandanglah ke langit ...kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama mu ...
Niat
Pentingnya niat dan hajat diceritakan oleh Nabi s.a.w, “Ramai yang berniat belajar tetapi mati ketika masih di dalam kejahilan tetapi mereka bangkit daripada kubur pada hari pembalasan sebagai orang arif. Ramai ahli ilmu dibangkitkan pada hari itu dalam keadaan rosak akhlak hilang segalanya dan jahil keseluruhannya”. Mereka adalah orang-orang yang bermegah dengan ilmu mereka, yang menuntut ilmu kerana muslihat duniawi dan berbuat dosa.
Mereka diberi amaran:
“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).
Carilah guru kerohanian yang akan membawa hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia mesti dilakukan segera ketika masih hidup. Dunia ini kebun akhirat. Orang yang tidak menanam di sini tidak boleh menuai di sana. Jadi, bercucuk tanamlah di dalam dunia ini dengan benih yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup di sini dan juga di akhirat.
Cintaku, Selepas ALLAH & Rasul..
Cintaku, Selepas ALLAH & Rasul.. ^_^
Menanti tibanya saat lafaz sakinah, untuk mencari keredhaan ALLAH.. apabila dua jiwa telah bertemu, lantas dua hati itu akan bersatu, semoga bersatunya hati untuk saling mencintai ALLAH yang satu..INSYALLAH..
Semoga cinta antara kalian, seutuh kasih dan cinta antara Rasulullah s.a.w dan Saiditina Siti Khadijah dan juga Saidina Ali dan Saiditina Fatimah Az-Zahra..AMIN
"Dan kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.." (Surah An-Nisaa': 1)
Aku mencintaimu kerana agamamu,
jika hilang agamamu,
hilanglah cinta ku padamu.. (Imam Nawawi )
Jumat, 22 Februari 2013
Dunia ini ibarat Pentas Lakonan
Hidup kita ini umpama suatu perjalanan cerita atau filem yang mana ada permulaan dan pengakhirannya. Jika kita ingin membuat andaian, dunia ini boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan.
Pelakon utamanya ialah manusia dan skripnya adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jurugambarnya adalah terdiri daripada para Malaikat di mana Islam menjadi tema ceritanya. Manakala kiamat pula menjadi kesudahan penggambaran cerita.
Apabila tiba hari penganugerahan atas cerita yang dilakonkan, titian sirat itu bakal menjadi karpet merahnya. Tempat penganugerahannya adalah di Padang Mahsyar. Rasulullah SAW adalah "pelakon terbaiknya", Allah SWT sebagai "jurinya" yang Maha Adil. Syurga atau Neraka, itulah trofinya!

Kamis, 31 Januari 2013
Menghitung Tasbih Cinta
Bismillahir Rohmaanir Rohim
Cara Rasulullah SAW Bertasbih Dengan Jari
Bertasbih sambil memuji Kebesarannya, Kekuatannya semesta alam buat diri kita berasa kerdil selalu. Nian di hati Rasulullah s.a.w. tidak pernah luntur di makan usia. Tidak kira masa, keadaan Rasulullah s.a.w. sentiasa membasahinya dengan kalimah yang mengasyikan itu.
Abdullah bin ‘Amr berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jarinya menggunakan tangan kanannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1/235) dan At-Tirmidzi, ia menghasankannya.)
Pembaca yang di rahmati Allah, perhatikan gambar ini dengan seksama di mana setiap jari-jari tangan kita ini ada ruas hitungan dari 1-33 bilangannya, SubhanAllah.. ^_^
Jom Selawat
Sabda Nabi s.a.w:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10x waktu pagi dan 10x pada waktu petang tiap hari, dia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat.
Langganan:
Postingan (Atom)