Selasa, 15 Mei 2012
Faedah Wudhu
.::Faedah Wudhu::.
Neurology Australia membeberkan fakta mengejutkan tentang "Wudhu".
Prof. Leopol Werner von Ehrenfels, psikiater dan sekaligus Neurolog berkebangsaan Australia menemukan sesuatu yang menakjubkan terhadap Wudhu.
Ia mengemukakan sebuah fakta yang sangat mengejutkan : "Bahwa pusat-pusat syaraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di dahi, tangan dan kaki, pusat-pusat syaraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.
Dari sini ia menemukan hikmah dibalik Wudhu yang membasuh syaraf-syaraf tersebut. Ia bahkan merekomendasikan agar wudhu bukan hanya milik kebiasaan umat muslim, tetapi untuk semua umat manusia secara keseluruhan.
Dengan senantiasa membasuh air segar pada pusat-pusat syaraf tersebut, berarti orang itu akan memelihara kesehatan dan keselarasan pusat-pusat syarafnya.
Akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fiqh juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bagian untuk memelihara kebersihan fisik dan rohani. Daerah yang dibasuh dengan air wudhu, seperti tangan, daerah muka termasuk mulut dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Sebab itu, wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.
Ulama Tasawuf menjelaskan bahwa daerah yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering bersentuhan dengan dosa. Kita tidak ingat apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan tangan kita, banyak panca indera tersimpul dibagian muka, berapa banyak orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain, apa saja yang dimakan dan diminum ? Apa saja yang baru diintip mata ini ? Apa saja yang didengar oleh telinga ini ? Dan apa saja yang baru dicium hidung ini ? Kemana kaki ini melangkah setiap hari ? Tegasnya.
Anggota tubuh yang dibasuh dalam wudhu ialah daerah yang paling riskan untuk melakukan dosa.
Semoga berkenan dan bermanfaat.
ANTARA 10 SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:
1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat
atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
GAMBAR POKOK BERWARNA PELANGI YANG UNIK!
Pohon ini dinamakan Pokok Pelangi atau nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus dan ia juga umumnya dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta, Gum Mindanao, atau Gum Rainbow. Pokok ini boleh dijumpai tumbuh meliar di New Britain, New Guinea, Ceram, Sulawesi dan Mindanao. Rainbow Eucalyptus, adalah sejenis pohon kayu putih yang boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok ini sedang ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutamanya untuk digunakan dalam industri pembuatan kertas dan permbuatan produk kayu.
Rahsia Pokok Pelangi Rainbow Eucalyptus ini yang kelihatan berwarna warni ini sebenarnya cukup mudah. Ia terjadi kerana melalui proses penggantian kulit pokok. Kulit pokok ini setiap tahun akan menjalani proses penggantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total sebaliknya secara berperingkat mengikut area - area tertentu.
Sebagai contohnya penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna kehijauan, lalu penggantian kulit kedua yang berwarna hijau akan berubah menjadi kebiruan kemudian oren, ungu dan merah. Proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian - bahagian tertentu batang pokok inilah yang telah menciptakan efek pelangi yang membuatkan pohon-pohon ini kelihatan berwarna warni seperti pelangi sehingga ia dinamakan Pohon Pelangi di dalam Bahasa Melayunya.
Menghapuskan hati karat
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w,
“Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air.” Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’?
Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Kelahiran SEORANG yang Di Namakn " I N S A N
Kelahiran SEORANG yang Di Namakn " I N S A N "....
Sejurus dengar TANGISAN SENDU...sukma berbisik syahdu...
Mengungkap kebesaran ALLAH....,
melingkari makna sebuah kelahiran.
Tatkala si IBU & AYAH " menatap WAJAH KASIH SUCI.... menzikirkan dengan kalimah Illahi bisikan IMAN...menyelimuti diri dengan " ALUNAN AZAN SERTA IQAMAH buat membina AQIDAH pada dinamakn INSAN YANG BARU " Di Alam Syahadah....
Datar Nikmat ini ditapaki teroka segala isi alam dengan matlamat seorang insan......
Memakmurkan Dunia memimpin keamanan sejagat dengan taburan " MAWAR KE ISLAMIK " mengharumi BUSANA & UJANA kehidupan penghias nya seorang INSAN BARU YANG COMEL.....
Maka...
Kelahiran Di SYUKURI " INSAN YANG DI NANTI NANTI KAN..
selama 9 Bulan didalam Kandungan IBU nya...
Hadir ke bumi penuh pasti , dengan izin Illahi.
Lalu Di BERIKAN " Nama Mengikut Didalam Kitab Para Alim Ulamaq " agar sejiwa & Sebati dengan Nama yang di berikan agar MENJADI Anak yang Solleh atau Anak yang Solleha " yang dapat MENYEJUKAN Hati PERUT IBU & AYAH "...Insyallah...
YANG HATINYA HIDUP
.::YANG HATINYA HIDUP::.
Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan.
Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan?
~Sering memikirkan dosa dengan Tuhan.
~Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah.
~Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna.
~Dia rasa dia di dalam kebesaran Tuhan.
~Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan.
~Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan.
~Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan.
~Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik.
~Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kasihan dengan orang itu..
wahai manusia, bersyukurlah kepada Allah..
wahai manusia, bersyukurlah kepada Allah...
Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.
Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.
Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam ? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.
"katakanlah (wahai muhammad) : bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan umtukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehat ? apakah kamu tidak memperhatikan ?"(surah Al-Qashash : 72)
Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa ?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu ?
“... Dan amat sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba’, 34: 13)
“... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, 2: 243)
Ramai orang yang semakin jauh daripada Allah setelah menikmati kesenangan bahkan menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya adalah kurniaan daripada Allah. Maka, marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
wallahualam....
Langganan:
Postingan (Atom)






