Minggu, 24 Februari 2013

Wasiat Nabi Muhammad kepada Saidina Ali



◕ღ Wasiat Nabi Muhammad kepada Saidina Ali ღ◕

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A :

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wallahualam..

Kenali ISLAM


Kenali ISLAM

Firman Allah S.W.T yang bermaksud dalam Surah Al-Baqarah ayat 138:

"Itulah corak (celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah"


Pelbagai agama di muka bumi memperoleh namanya masing-masing berdasarkan pada orang yang mengasaskan atau dari nama umat yang tertentu yang menubuhkan atau mengembangkan agama tersebut.

Nasrani / Al-Masihi : Dari nama Al-Masih
Buddha : Dari Ghautama Buddha
Yahudi / Judaisme : Dari nama Qabilah yang dinamakan Yahuda.

Islam tidak begitu. Ia tidak disandarkan kepada nama individu umat tertentu. Nama-nama Islam menunjukkan sifat khusus yang terkandung dalam perkataan Islam itu sendiri. Islam untuk seluruh manusia.

Pengertian Islam

Dan siapakah yang baik Deennya, dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah sedangkan ia berbuat ihsan dan mengikut deen Ibrahim. [Al-NIsa': ayat 125]

Berpandukan ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati. Bahkan inilah intipati dari seluruh makna Islam.

"Apakah selain daripada agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi telah Islam (menyerah diri) keoadanya dengan rela hati dan terpaksa. Dan kepadanya mereka dikembalikan." [Ali-'Imran:83]

Penyerahan diri kepada Allah adalah penyerahan yang setepat-tepatnya antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan.

Wallahu'alam~

Hasutan Syaitan Atas Katil


P/S: Jangan mudah terpedaya.. Tidur yang sedikit adalah PERLU.. Tidur yang lebih adalah satu KERUGIAN.

MENGUAP...TUTUP MULUT..


MENGUAP...TUTUP MULUT..

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan. (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah



"Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah)

Senaraikan segala MASALAH dalam hidup kita!


Senaraikan segala MASALAH dalam hidup kita!

Dalam meniti sebuah perjalanan bernama KEHIDUPAN tentu banyak masalah yang melanda hidup hingga kadang-kala rasa putus asa itu menghampiri. Jadi..mari kita senaraikan segala masalah dalam hidup kita..bermula dari sekarang;

1.____
2.____
3.____
4.____
5.____
6.____
7.____
8.____
9.____
10.___

Tambah la lagi hingga beratus atau beribu kalau ada.. ^_^

SEKARANG, mari kita senaraikan berapa banyak nikmat yang masih kita peroleh hingga kini & berapa kali sudah kalimah Alhamdulillah (segala puji bagi Allah SWT) sudah kita ucapkan? ^_^

JADI, bersyukurlah~

Keimanan


Keimanan

Maksud Iman ialah :
1. Membenarkan (tasdiq) iaitu beriktikad dengan hati.
2. Melafazkan (berikrar) dengan perkataan.
3. Mengamalkan (I’malu) dengan perbuatan.


Islam adalah Ad-Din yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Ia adalah ad-Din yang beintikan iman & amal. Iman itu merupakan aqidah / akar dan di atasnya berdiri syariat Islam. Dari akar itulah keluarlah cabang-cabangnya. Cabang-cabang ini diibaratkan sebagai syariat Islam. Cabang-cabangnya itu pula akan menghasilkan buah-buahan. Buah-buahan itulah amal yang akan dizahirkan.

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh & cabangnya (menjulang) ke langit, Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”
[Surah Ibrahim : 24-25]

Iman & amal ataupun dengan kata lain aqidah & syariat tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Keduanya adalah umpama buah dengan akarnya atau natijahnya dengan muqadimahnya.


Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu'alam~