Sabtu, 15 Desember 2012

3 Golongan Yang lebih Awal Ke Neraka!!

Tiga golongan yang pertama akan merasakan api neraka!!
Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.

“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.””
P/S>>>Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan…


Jumat, 14 Desember 2012

Tanda-tanda Besar hari Kiamat


Tanda-tanda besar Hari Kiamat

1.Hijaunya bumi Arafah.
2.Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
3.keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
4.Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
5.Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
6.Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
7.Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah
8. 3Kali gempa bumi.
9.Bermulalah kekuasaan Dajjal.
10.Munculnya Imam Mahdi
11.Turunnya Nabi Isa a.s dan membunuh Dajjal.
12.Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
13.Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dan manusia.
14.Matahari terbit dari ufuk barat.
15.Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua.


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim.

Sumber: ~Zoy کورنيا الهي~

Kamis, 13 Desember 2012

Dugaan


Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi

Rabu, 12 Desember 2012

Antara 3 Jenis Jodoh Pertemuan



Dalam hidup ini terdapat 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan, antaranya


~✿>> dari Syaitan Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


~✿>> dari Jin Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


~✿>> dari Allah SWT Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

Jumat, 07 Desember 2012

Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik



Allah sentiasa bersama orang-orang yang berbuat kebaikan
bukan dilihatnya pada natijah tapi pada usahamu
dan Allah tidak menilai berapa banyak amalanmu
tapi dari kesungguhan hatimu yang ikhlas..

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” ~QS. Al-Ankabut 29:69~

~ Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik dan kebajikan Insyaallah sama2 kita tingkatkan amal kebaikan dalam kehidupan..
Yakin ,Semangat,Ikhlas

Cahaya VS Kegelapan



Teman...

Tatkala kita melangkah menuju cahaya kebenaran...

ianya lebih baik walaupun terlambat dari terus hanyut dalam kegelapan.

Bersyukurlah...

Kerana Allah masih lagi memberikan cahaya kepada hati kita...

untuk kita menempuh masa hadapan dengan cahaya keredhaan.




Sama-sama kita terus melangkah masa hadapan .

Bukan berundur ke masa silam..

Maka pilihlah jalan yang penuh dengan cahaya..

agar kita tidak lagi jatuh ke dalam jurang yang sama kerana kegelapan..

Cintaku MilikMu


Sebelum kita melabuhkan cinta kita kepada orang lain, labuhkanlah cinta kita terhadap diri kita dahulu...


Sebelum kita mencintai diri kita, labuhkanlah cinta kita kepada Allah dan Rasulullah saw terlebih dahulu...