Kamis, 29 Agustus 2013

Jika Asas Perkahwinan


Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA,
maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI
dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS..

Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU,
maka pasangan akan selalu bertengkar jika
suasana di bilik tidur tidak memuaskan..

Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH
dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila
rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut..

Jika asas perkahwinan kerana ANAK,
maka pasangan akan mencari alasan untuk
pergi jika hati (anak) tidak hadir..

Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..
Jika asas perkahwinan kerana CINTA,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat
pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia
yang dicintai pasti mati atau pergi...

Namun,
Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup
kepada makhluk-Nya...
Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu
mencintai bayinya...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar