Selasa, 04 Juni 2013
Israk Mikraj
Alhamdulillah 27 Rejab akan tiba lagi, tahun ini ia bersamaan dengan 6 June 2013. Tarikh 27 Rejab ialah tarikh terjadinya peristiwa besar Israk Mikraj pada tahun 622M dahulu. Tahun yang dinamakan tahun dukacita disebabkan Rasulullah Ss.a.w. kehilangan bapa saudara kesayangan, Abu Talib, dan isteri tercinta, Siti Khadijah.
Disebabkan terlalu bersedih pada tahun itu, Allah s.w.t. telah hadiahkan mukjizat terbesar kepada Rasulullah s.a.w, iaitu Israk Mikraj, perjalanan dari Mekah ke Palestin dan naik ke Arasy untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Dalam perjalanan ni, Rasulullah s.a.w. diperlihatkan dengan bermacam suasana, gambaran, semuanya bukti kebesaran Allah.
Semasa di langit ke-7, Rasulullah s.a.w. ada ternampak seorang lelaki yang sangat mirip dengan Baginda s.a.w. Rupanya, itulah Nabi Ibrahim a.s, moyang Rasulullah s.a.w. Nabi Ibrahim a.s. sempat sampaikan salam kepada ummat Baginda s.a.w. Dan di langit ke-7 jugaklah Rasulullah s.a.w. melihat syurga dan neraka dan bertemu Allah di Sidratul Muntaha.
Kalau kita baca kisah Israk Mikraj ni, terlalu banyak benda yang sangat tak tercapai dek akal. Rasulullah s.a.w. ceritakan semua pengalaman ini supaya kita boleh ambil pengajaran dari kisah-kisah yang ada. Bila Rasulullah s.a.w. melihat ke dalam neraka, ada banyak perempuan di dalamnya. Dan bila Baginda s.a.w. melihat ke dalam syurga, banyak orang miskin di dalamnya.
Daripada situ, kita dah boleh ambil pengajaran, yang mana, seorang perempuan mudah nak masuk ke neraka, jadinya perlu elak buat perkara-perkara yang dilarang Allah dan taat selalu sebab yang sebenarnya, perempuan mudah nak masuk syurga.
Dan juga, orang miskin mudah nak masuk ke syurga sebabnya di dunia ni mereka dah diuji untuk sentiasa bersabar dengan kekurangan dari segi harta. Sebab apa orang kaya susah nak masuk syurga? Sebab terlalu leka kejar harta duniawi. Harta bila makin banyak, makin rasa tak cukup. Dan semakin banyak harta dikumpul, semakin lupa nak tunaikan tanggungjawab bayar zakat harta atau bersedekah. Sesungguhnya, setiap harta yang diperoleh di dunia ni, Allah akan hisab satu-persatu dari mana datangnya sumber harta tu. Halal atau tidak?
Memang sangat terharu dengan pengorbanan Rasulullah s.a.w. naik turun bertemu Allah semata-mata mahu ringankan bilangan waktu solat yang difardhukan kepada kita, ummatnya. Walaupun Nabi Musa a.s. cakap, "5 waktu pun umat kau tak mampu buat, pergi mintak Allah kurangkan lagi" Rasulullah s.a.w. jawab, "Aku dah malu dengan Allah. Aku redha."
Solat akan jadi perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti disebabkan wahyu perintah bersolat ni disampaikan terus kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantara, nak tunjukkan betapa tingginya nilai solat di sisi Allah.
Solat tu sangat istimewa. Bila sempurna solat, yang lain pun akan sempurna. Bila kita solat, itulah masanya kita nak bercakap dengan Allah, mengabdikan diri sepenuh hati pada DIA. Jadinya, jagalah solat kita. Solatlah dengan penuh kusyuk. Hargai pengorbanan Rasulullah s.a.w.
Selepas peristiwa Israk Mikraj ni, ada banyak reaksi yang diterima bila Rasulullah s.a.w. cerita semula apa yang terjadi sepanjang perjalanan. Kita perlu jadi macam Abu Bakar As-Siddiq. Sentiasa membenarkan apa yang diperkatakan Rasulullah s.a.w. Jangan jadi golongan yang selalu mempertikaikan dan mencari logik sesuatu. Sebabnya kuasa Allah itu diluar logik akal manusia. Kita cuma perlu taat dan jadikan cerita ini untuk kuatkan lagi iman kita dan percaya dengan kewujudan Allah, percaya kepada kejadian Israk Mikraj.
Ada sahabat yang menyuruh Rasulullah s.a.w. menceritakan bagaimana rupa Allah, sebagai bukti Rasulullah s.a.w. dah berjumpa dengan Allah. Rasulullah s.a.w. bagitahu yang Allah itu takkan pernah sama dengan apa yang boleh difikir oleh akal manusia. Apa-apa sahaja yang boleh dibayang dan difikir manusia, itu bukanlah Allah sebab Allah takkan pernah sama dengan satu apa pun makhluk ciptaaanNYA.
Walaupun kita tak dapat bayangkan macamana rupa Allah, tapi kita sentiasa tahu kewujudan DIA. Buktinya sangat banyak. Berdoalah moga kita dapat bertemu Allah di akhirat nanti. Moga kita tak termasuk dalam golongan yang dimurka Allah dan golongan yang Allah memalingkan wajahNYA dari kita. Nauzubillah.
Setiap tahun kisah Israk Mikraj diulang diceritakan berkali-kali tapi kalau tak terkesan di hati, tiada gunanya juga. Banyak natijah yang kita boleh ambil dari peristiwa besar Israk Mikraj ni dan diaplikasikan setiap waktu. Salah satunya adalah sebagai pendorong untuk tetap terus menjadi kuat menghadapai ujian di dunia.
Rasulullah s.a.w. itu kekasih Allah. Allah boleh beri kehidupan yang mudah kepada Baginda s.a.w. kalau DIA mahu. Tapi kenapa tidak? Supaya kita, ummatnya, boleh belajar sesuatu daripada sikap Baginda s.a.w. yang tak pernah putus asa walau diuji bertalu-talu dengan ujian yang maha dahsyat.
Apapun yang terjadi di dunia ni, percayalah pada janji Allah dalam Surah Al-Insyirah bahawasanya di setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, InsyaAllah. Kita bersusah di dunia, tapi dapat bersenang-senang di akhirat nanti.
Moga kita mendapat syafa'at dari Rasulullah s.a.w. di mahsyar nanti. Salam sejahtera ke atas Baginda s.a.w. serta ahli keluarga dan sahabat Baginda s.a.w. seluruhnya. Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain. Syukran lakum.
kredit: rakangroup
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar