Selasa, 30 April 2013

Hadiah Terbaik Suami Untuk Isteri Tercinta

1. Hadiah Mendengar :

Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan.

Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (Eye Contact)

2. Hadiah Tanda Kasih :

Jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan.

Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yang ada didalam diri anda.

3. Hadiahkan Sehelai Nota :

Ia mungkin ringkas seperti

“Saya Sayang Awak!.”,
“saya nak awak selalu!”
“Senyuman awak buat hati saya tenang.”

atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi.

Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

4. Hadiah Ketawa :

Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.

Mesejnya ialah,

“Saya suka ketawa bersama awak.”
“Saya suka cara awak ketawa”
“Saya suka cara awk berjalan”

dan lain-lain.

5. Hadiahkan Puji-Pujian :

Sesuatu yang simple seperti

“Warna biru memang ngam dengan awak la”

atau

“Sedapnya masakan awak”

atau

“Cantik baju ni sayang!”

6. Hadiah Bantuan :

Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yang boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja-kerja rumah dan tambah-tambah lagi isteri yang juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda.

Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar-benar dia tak jangka.

Bercuti di tempat-tempat yang indah dan romantik.

8. Hadiah Bersendirian :

Ada ketika kita hanya mahu bersendiri.

Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan :

Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah :

Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.

Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu.

Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang.

11. Hadiahkan Doa :

Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

P/S: Suami yang mengamalkan tips-tips ini InsyaAllah akan dapat merasa perbezaan layanan isteri anda semakin hari semakin syahdu….dan apa yang penting, hadiah ni paling jimat..!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar