Rabu, 27 Februari 2013

Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh


Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w."
(Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan)

Mintalah kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa. Semoga bermanfaat, sebarkan salam dan Salawat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar