Dalam bersahabat ada hak yang perlu dilaksanakan...antaranya adalah :-
a. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing-masing tanpa diminta.
b. Teguh menyimpan rahasia dan keaiban sahabatnya di depan atau di belakangnya.
c. Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
d. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
e. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
f. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
g. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa hidupnya atau setelah kematiannya.
h. Tidak memberatkan sahabatnya dengan beban yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan senantiasa berbuat baik kepadanya.
i. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bicara dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
j. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
#jalankan tanggungjawab kita kepada sahabat kita dan janganlah lalai walau sekejap...amalkan doa rabithah sebagai pengikat cinta dalam ukhuwwah kita...semoga bertemu di Jannah nanti.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar