Samada cinta kita lelaki atau perempuan ,cinta kepada kita ibubapa ,keluarga, guru hanya untuk sementara sahaja dan cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah SWT kerana cinta makhluk kepada penciptanya adalah cinta yang kekal abadi yang membawa ke syurga.
Cinta yang berlandaskan nafsu merupakan cinta yang merosakkan serta menjijikan.Nikmatnya hanya seketika tetapi kehancuran buat selamanya
Cinta yang melanggar hukum agama dan undang -undang Allah adalah cinta yang membawa kepada kemudaratan.
Ramai antara kita bila putus cinta akan kecewa tetapi kita lupa bawa kita ada Allah yang boleh kita cintai.Ada yang sanggup sampai membunuh diri seolah-olah hidup tak bererti tanpa memperdulikan tindakan itu sebenarnya di dorong oleh nafsu syaitan semata-mata.
Anugerah yang seindah ini sepatutnya membuat kita lebih hidup tenang dan bahagia bukan membawa kepada kemusnahan.Carilah cinta yang hakiki kerana cinta itu saja yang berkekalan iaitu cinta kepada AllahSWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar