Senin, 20 Januari 2014

Tasbih Fatimah Az-Zahra R.A


Rasulullah s.a.w bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. subhanallah wabihamdihi

Hargai IsteriMu..


Saya Cinta Suami SAYA..


Tanggungjawab Suami

1) Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka.

2) Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci.

3) Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah

(Hadis riawayat Abu Daud)

Suami Yang Tidak Tampan


Suami Yang Tidak Tampan..

Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.

Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..

Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”

Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”

Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”

Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”

Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”

p/s : Positif itu perlu seiring dengan redha dan syukur.. Tiada siapa yang tidak di uji di atas muka bumi ini.. Hadapi dan harungilah dengan minda yang terbuka, semuanya akan menjadi lebih mudah.. insyaAllah..

Bahagiakan SuamiMu..





Kalau Dia Jodoh...


Kalau dia jodoh yang dijanjikan oleh Allah untuk kita, kita bergaduh, bertengkar, merajuk macam mana sekali pun, kita tetap akan bersama dia juga ~ :) so sweet..

DARJAT SEORANG ISTERI


❋ DARJAT SEORANG ISTERI ❋

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..