Jumat, 31 Mei 2013

Bulan Rejab



Antara kelebihan bulan Rejab ialah :

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Kemuliaan Rejab dgn malam Israk Mikrajnya.
Malam awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn


Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
Diampunkan dosanya yang lalu
Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
Terlepas dari dahaga di hari kiamat

Doa hari ini






Ya Allah,
Aku hamba Mu yang hina,
jangan Kau biarkan dosa2 ku di timpa kepada kedua Ibu Bapa ku,
Biarlah aku yang menanggung dosaku sendiri,
Ya Allah,
jadikan, aku insan yang penyabar
dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan MU
dan tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik
serta lindungi orang2 yang aku sayang
dan berkahilah mereka semua walau mereka menyakiti hati ku
kerana aku sayang mereka....aminn

Doaku untuk sahabat-sahabat :

Ya ALLAH,
tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan kami sama-sama berteduh.. Tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.. Aminnn..

Manusia suka memfitnah kerana


Manusia suka memfitnah kerana

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.
Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.
Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.Suka-suka.
Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.




Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....

Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.



Wallahua'lam.

Nasihat Ustaz Azhar Idrus


Ubat Hati


Doa Apabila Bersin


Allah Sayang Pada Perempuan


Panduan Amalan 5S


Kalau Jepun ada Konsep 5S.
Kita sebagai orang Islam pun ada.

So, utamakan yang Wajib. :)

Kemusykilan tentang Hukum Melewatkan Solat Isyak


Soalan :

Saya sering tidur awal tanpa solat isyak dan saya bangun awal pagi,
dalam sekitar pukul 4.30 pagi untuk solat isyak dan terus bersolat tahajud. Saya pernah diberitahu untuk bersolat tahajud, saya perlu solat isyak dan tidur dahulu kemudian bangun semula barulah saya boleh menunaikan solat tahajud, betulkah begitu ustaz dan adakah cara saya melakukan solat isyak beserta solat tahajud itu tidak betul?

Jawapan :

Waktu isyak memang panjang berbanding dengan waktu solat yang lain, bermula dari selepas tamat waktu maghrib sehingga fajar sidiq muncul (sebelum waktu subuh) terdapat sebuah hadis berbunyi:-

1. Jika kita melewatkan solat isyak dengan sebab majlis ilmu tidak menjadi masalah. akan tetapi jika kita lewatkn solat isyak dengan sengaja dan perkara yng sia-sia,ia tidak dibenarkan.

Melewatkan solat isyak untuk dilakukan waktu tengah malam adalah perkara yg kurng digalakkan, kerana takut2 terlepas solat isyak. ulama’ salafusoleh lebih gemar untk solat isyak pada awal wktu dn terus tido untuk memberi tenaga bertahajjud pada waktu mlm.

2. Adapun hadis yang menceritakan Rasulullah s.a.w. melewatkan solat isyak, maksudnya ialah melewatkannya hingga ke sepertiga malam atau seperduanya sahaja. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

Setahu saya tujuan melewatkan solat isya’ itu kerana untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) .Ibadat seperti itu, tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu. Tetapi, solat tahajjud digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan tahajjud selepas pertengahan malam.

3. Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.

Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;

“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).



Wallahu a’lam.

6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.



2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Kalau kita sukakan seseorang,


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Jujur Sifat yang mulia


Jujur adalah sifat penting bagi Islam. Salah satu Aqidah Islam adalah Jujur. Jujur adalah berkata terus terang dan tidak bohong. Orang yang bohong atau pendusta tidak ada nilainya dalam Islam. Bahkan blh jadi orang pendusta ini digolongkan sebagai orang yang munafik. Orang-orang munafik tergolong orang kafir. Nauzubillah.


Allah berfirman: وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ


Artinya: Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. [Qur'an Suran Al-Baqarah ayat 8 sampai 10]



Kalau seandainya ummat Islam seorang pendusta, tidak jujur, tentunya ketika ia menyatakan beriman, maka imannya sangat rapuh untuk dipercaya, karena orangnya tidak amanah atau dapat dipercaya karena telah dianggap pendusta.

Pembatal Sihir

Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.

 

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA


Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Kelebihan Bulan Rejab


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

(post dr blog : http://dakwah.org/ )

Wahai sahabatku



(^_^)❤ Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. (^_^)❤ InsyaALLAH...

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat


Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita,

Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH


✿..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..✿~

>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..(✿◠‿◠)

Biar ALLAH tentukan segalanya


Kamu TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita?
~♥> Karena kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya .

Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita?
~♥> Karena Allah ingin kita saling MENDOAKAN , dalam jauhnya pandangan sekalipun .
...
Kamu tahu alasan adanya kelopak pada mata?
~♥> Untuk membiarkannya terpejam , BERISTIRAHAT dari memandangmu dalam NYATA .

✿ Sesekali aku hanya ingin BICARA , sekadarnya saja , tidak lama .
✿ Setidaknya sapalah aku ketika kita bertemu mata ,
✿ Namun di balik telapak tangan ini , sebuah NAMA terukir INDAH ,
♥~ Belum dapat ku baca..KATA Allah masih RAHASIA ~♥
♥ sabar itu indah jika dinanti brsama Allah,, :')

Kamis, 30 Mei 2013

KETIKA aku ingin hidup KAYA,



KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN.

C.I.N.T.A


C - Cinta sebelum berkahwin , biar sederhana , tak melanggar batas agama ,
I - Impian rumahtangga dirancangkan bersama ,
N - Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan ,
T - Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang ,
A - Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga :D

6 PESANAN UNTUK WANITA.


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.    

Jadikanlah AL-QURAN


♥ Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU sepanjang masa. Tidak usang dan dimakan kutu akibat disimpan lama di dalam almari.. Bacalah AL-QURAN walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar ♥        

KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain



"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan

Ku semahunya KAMU...


Sesungguhnya sekiranya kamu MAHU MENCINTAI diri ku,

Ku semahunya KAMU...
~♥ Mencintai KEKURANGAN ku melebihi daripada KELEBIHAN ku...
~♥ Mencintai KELEMAHAN ku melebihi daripada KEKUATAN ku...
~♥ Mencintai KEBURUKAN ku melebihi daripada KECANTIKAN ku...
~♥ Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi daripada KESEMPURNAAN ku...

kerana untuk MENCINTAI segala yang TERBAIK biarlah KAMU hanya cukup MENCINTAI ALLAH, bukan diri ini yang tiada apa kelebihannya~~

Tidak Dinamakan CINTA


Tidak dinamakan CINTA kalau melemparkan pasangan ke neraka.
Tidak dinamakan CINTA kalau buat diri dan pasangan gagal ujian dunia.
Tidak dinamakan CINTA, kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh daripada Allah SWT..

Ya Allah, Hindarkanlah aku dari api neraka


Mari ucapkan "ALLAHUMMA AJIRNA MINAN-NAAR"..
Maksudnya : Wahai ALLAH hindarkanlah aku dari api neraka..

Amalkan sentiasa..

Perkahwinan Itu Membahagiakan


Couple itu DOSA
Bertunang itu PAHALA
Perkahwinan itu MEMBAHAGIAKAN ~

Bersyukurlah Hidup Pasti Bahagia


Bukan BAHAGIA yang menjadikan kita BERSYUKUR tetapi dengan BERSYUKUR akan menjadikan hidup kita BAHAGIA~ :)

Doa cepat dapat jodoh


YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH

Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas solat Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.

(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).

Siapa Wanita Cantik?


Siapa Wanita Cantik?

~* Tahukah kamu saudari-saudariku..
WANITA CANTIK ialah:
1~ Melukis kekuatan melalui masalah..
2~ Tetap senyum saat tertekan..
3~ Tetap tertawa saat hati sedang menangis..
4~ Tabah disaat terhina..
5~ Mempersona kerana memaafkan..
6~ Mengasihi tanpa mengharapkan balasan..
7~ Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan ILLAHI..
Ya ALLAH, walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik di hadapanMU.
~Aamiin Ya Robbal 'Alamiin..~  

Cara Berkasih Sayang


Cara-cara Mandi Wajib Yang Betul


Salam.

Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.


Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

Sumber : Ilmu & Ulamak

Sengugut (Period pain)


Kalau sengugut bacakan doa ini....

Terjemahannya : -

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Surah An Nahl - 69


Wahai Jodohku


✽ WAHAI JODOH KU TEMUKAN AKU DALAM ISTIKHARAHMU

✽ ❥ Wahai Jodohku .. Sabar dan tenanglah Aku di sini masih bersabar menantimu .. Hatimu tak sedang terluka kan'Tersenyumlah .. Karena aku yakin kebahagiaan akan slalu menyertai kita.. Jikalau detik ini hatimu sedang terluka.. Basuhlah wajahmu dengan air wudhu.. Dan mendekatlah kepada-Nya..
❥ Di sini aku berharap kau baik-baik saja .. Waktu terasa lama buatku.. Tapi aku yakin takkan lama lagi kau akan hadir menyapaku.. Mengajakku untuk melakukan shalat fardhu.. Sering pula kau akan menanyakan Sudah shalatkh kau..

❥ Wahai Jodohku.. Aku rindu Kapan kita bertemu.. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu .. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat-nasihatmu.. Hati ini kosong dan tak sabar menanti kehadiranmu.. Semoga engkau kan membalut DAN menyembuhkan luka di hatiku.. Temukan aku dalam istikharahmu.. Aamiin Ya Robbal ' Alaamiin..

❥ Semoga BERMANFAAT.(◡‿◡✿)

Adam Dan Hawa



Segalanya dengan Izin-NYA.
usah terlampau memikirkan soal ini kerana
ia merupakan urusan Allah.
Andai ada rezeki Allah dekatkan.
Andai tidak trtulis dia jodohmu, pasti ada yg lebih baik.
Apa yg penting belajar memperbaiki diri dahulu ke arah yg lebih baik,
sibukkan diri dgn perkara berfaedah. InsyaAllah berjaya bermujahadah.
klu dh jOdoh dOp ke mana~~
jdi sabar shje ALLAH thu siapa yg terbaik untuk kita

Yang



- Yang -

- Yang Singkat Itu "WAKTU". - Yang Menipu Itu "DUNIA". - Yang Dekat Itu "KEMATIAN". - Yang Besar Itu "HAWA NAFSU". - Yang Berat Itu "AMANAH" - Yang Sulit Itu "IKHLAS". - Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".

- Yang Susah Itu "SABAR". - Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR". - Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH". - Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH". - Yang Berharga Itu "IMAN". - Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERDZIKIR". - Yang Ditunggu Allah swt. Itu "TAUBAT".

Yang Mampu Mengalahkan KEKUATAN


Yang Mampu Mengalahkan KEKUATAN
Kekuatan BESI mampu di leburkan oleh API,
Kekuatan API mampu di padamkan oleh AIR,
Kekuatan AIR mampu di bekukan oleh AWAN,
Kekuatan AWAN, mampu di giring oleh ANGIN,
Kekuatan ANGIN, mampu di hadang oleh BUKIT,
Kekuatan BUKIT mampu di hancurkan oleh MANUSIA,
Kekuatan MANUSIA, mampu di kalahkan oleh HAWA NAFSU, Kekuatan HAWA NAFSU mampu di kalahkan dengan IMAN, IMAN,,, adalah kekuatan yg diberikan ALLAH kepada kita dalam melawan segala bentuk KEKUATAN apapun. Mari terus jaga IMAN kita, agar mampu membendung segala goda dan coba,,,,

Diam



Diam bukan bererti kita bodoh
Diam bukan bererti kita tak tau
Diam bukan kerana kita takut
Diam bukan kerana kita pengecut

-->Diam itu hikmah, Diam itu menyerap ilmu, Diam itu mengatur gerak, Diam itu membaca tingkah, Diam itu membentuk sabar, Diam itu mengekang nafsu.

Peliharalah akhlak mu kerana ia adalah sumber kecantikan mu. Peliharalah agama mu kerana ia adalah pegangan mu. Peliharalah amalan mu kerana ia adalah pakaian ukhrawi mu. Peliharalah lisan mu kerana ia adalah hati mu yang menentukan baik buruk diri mu...

Jom Berubah


Berubahlah... Selangkah demi selangkah...
Berubahlah walaupun secara perlahan lahan... Namun istiqamah (berterusan)...
Dan berubahlah kerana Allah... Bukan kerana manusia....

10 Sahabat Yang Harus Dihargai


Amalan-amalan Bulan Rejab


Berikut merupakan beberapa amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk dilakukan pada bulan Rejab ini:

1)Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca selawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:

“Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”.
[Riwayat At-tabrani].

2)Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

3)Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

4)Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.
Sumber : Facebook.

15 DOSA DI KEPALA WANITA


1. Tidak berhijab (menutup aurat).

Allah berfirman, yang artinya: “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min:”Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka“. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta’ala juga berfirman, yang artinya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur: 24).

2. Menyambung rambut / memakai konde.

Dari Asma’ binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya rontok dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya. Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung” (HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

3. Mewarnai / menyemir rambut dengan warna hitam.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang bersemir dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau surga.” (HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, ”Pada hari penaklukan Makkah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan jenggotnya telah memutih (seperti kapas, artinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam.” (HR. Muslim).

4. Mencabut uban.

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini shahih).

5. Memakai bulu mata palsu.

Fatwa: “…Menurut hemat saya, tidak diperbolehkan memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, karena hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangi rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lainnya (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu karena alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Selayaknya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah, dan tidak perlu melakukan tipu daya atau merekayasa kecantikan, sehingga tampak kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti memiliki pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah…” (Disampaikan dan didiktekan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber : Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bertabarruj.

Allah Azza wa Jalla berfirman, yang artinya: “Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu” [al-Ahzaab:33].

7. Merenggangkan / mengikir gigi.

Dari Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang orang mencukur alis, mengkikir gigi, menyambung rambut, dan mentato, kecuali karena penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Semoga Allah melaknat orang yang mentato, yang minta ditato, yang mencabut alis, yang minta dikerok alis, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari 4886).

8. Membuat tatto.

Lihat point ke-7.

9. Memakai jilbab gaul / tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, yaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor sapi betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (namun) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang-goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta’at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Surga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian.” (Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai wig/rambut palsu hukumnya haram, karena termasuk al-washl yaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-washl, maka wig itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-washl. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya.” (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).
Perbuatan al-washl ini diharamkan, sama saja apakah si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, karena perbuatan haram tidak terkait dengan izin dan ridha.

11. Mencukur rambut menyerupai laki-laki atau wanita kafir.

a. Potongan yang menyerupai potongan laki-laki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum pria. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, bahwa beliau mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki.” (H.r. Bukhari)

b. Potongan yang menyerupai potongan khas wanita kafir, maka hukumnya juga haram, karena tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu ‘anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut” (H.r. Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)
(Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=ulgi9xGoDuQ. Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Deman Pembina Konsultasi Syariah)

12. Mencukur / mencabut bulu alis.

Lihat point ke-7.

13. Memakai lensa kontak berwarna untuk tabarruj.

Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: “…lensa kontak berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dipersyaratkan juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur menyia-nyiakan harta (israaf) karena Allah melarangnya.” [Sumber:http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Operasi plastik untuk kecantikan.

Syekh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, “Bagaimana hukum melaksanakan operasi kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?”
Jawaban beliau,”Operasi kecantikan (plastik) ini ada dua macam. Pertama, operasi kecantikan untuk menghilangkan cacat yang karena kecelakaan atau yang lainnya. Operasi seperti ini boleh dilakukan, karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memberikan izin kepada seorang lelaki–yang terpotong hidungnya dalam peperangan–untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, operasi yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Operasi ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, karena dalam sebuah hadis (disebutkan), ‘Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tato, dan orang yang minta dibuatkan tato.’ (H.R. Bukhari). (Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, hlm. 478–479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, “Apa hukumnya memperbaiki gigi?” Syaikh menjawab, “Memperbaiki gigi ini dibagi menjadi dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar terlihat lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita membutuhkan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang laki-laki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya karena ada cacat, tidak mengapa ia melakukannya. Sebagian orang ada suatu cacat pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dimaklumi untuk membenarkannya. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dasar argumentasinya (dalil), Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan seorang laki-laki yang hidungnya terpotong agar menggantinya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan dimaksudkan untuk mempercantik diri.” Allahu a’lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).

Oleh Abu Fahd Negara Tauhid

Pintu


✿Pintu SYURGA menjanjikan KENIKMATAN..
✿Pintu NERAKA mengotakan PEMBALASAN..
✿Pintu HIDAYAH menyuluh IMAN..
✿Pintu IMAN membenteng KEKUFURAN..
✿Pintu TAUBAT mensucikan noda KEMAKSIATAN..
✿Pintu HATI mendambakan KEREDHAAN..
✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN..
✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN..
✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN..
✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN..
✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..

Keutamaan Wudhu.


::- Mutiara Hadits -::

Abu Hurairah meriwayatkan," Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda," Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari Kiamat dengan wajah berseri-seri karena bekas air wudhu." ( HR Bukhari ). Semoga kita termasuk di dalamnya. Aamiin. -Mari terus berbagi KEBAIKAN-

Kamis, 02 Mei 2013

7 Amalan Sunnah


1) Menjaga Wuduk
2) Tahajud Dan Witir
3) Solat Berjemaah
4) Tadabur Al-Quran
5) Puasa Isnin Dan Khamis
6) Membuka Rezeki Dengan Shalat Dhuha

7) Sedekah

~ 7 Amalan Sunnah yang membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagian ~

Keajaiban Sujud


Aliran darah hanya dapat menyebar keseluruh bahagian otak hanya dalam keadaan sujud,
Penelitian tersebut akhirnya membuka hatinya untuk mendapat hidayah, iaitu mengakui ketinggian dan kebenaran ajaran ISLAM.

Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti


Allah tak pernah janji, orang yang kahwin
akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja
siang malam akan jadi kaya.
Tapi,
Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti Siapa jaga solat, maka dia adalah orang
yang BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat
kesempitan hidup d dunia
Siapa jaga solat, Allah akan angkat seksa
kubur Siapa jaga solat, Allah akan beri buku
amal dengann tangan kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat
sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga
tanpa hisab.. Janji Allah itu pasti..

Jangan Kita Perkecilkan Amalan Orang Lain


Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain kecuali diriku sendiri, maka aku sibuk melakukan amalan-amalan untukku. Aku tahu bahawa Allah sentiasa melihat aku, maka aku malu menemuiNya dengan dosa-dosa. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk bertemu Allah."

~Lihat BURUK diri kita, Buka BAIK diri orang lain. Tutup BURUK orang lain, Sembunyikan BAIK diri kita~