Senin, 30 Juli 2012

Siapakah Musuh Kita


~*Siapakah Musuh Kita*~

"Sesiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya" (Az-Zalzalah : 7 - 8)

"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa yang mereka telah kerjakan." (Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.

Masih tinggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...

Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab Allah adalah tuhan yang menciptakan kita.

Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut kehendak musuh.

"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku". (Yusuf:53)

"Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ?" (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.

Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.

Jadi Orang Baik



Kelebihan Jadi Orang Yang Baik

Waktu itu ialah Kehidupan


 
~*Waktu itu ialah Kehidupan*~

Wahai anakku yang tercinta,

Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw. kepada umatnya ialah:


"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta'ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan diri untuk memasuki api neraka."

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

NASIHAT PERTAMA
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali


Nilainya Tinggi


 
~*Nilainya Tinggi*~

Rasullallah SAW dalam meriwayatkan hadis qudsi menyatakan bahawa ALLAH SWT berfirman :

"Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri ,kecuali puasa .Sesungguhnya puasa itu untukKu ,dan kerana itu Akulah yang akan membelasnya .Puasa itu ibarat perisai .Pada hari seseorang itu berpuasa ,janganlah ia mengucapkan perkataan perkataan kotor ,tidak sopan ,dan tidak enak didengar ,dan jangan bertengkar .Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya ,hendaklah ia mengatakan kepadanya :"Saya sedang berpuasa." Selanjutnya Nabi SAW bersabda :"Demi ALLAH yang diriku di dalam kekuasaanNya ,sesunguhnya bau busuk mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH dari bau kasturi," Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan ,gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya ."

(Hadis qudsi riwayat Syaikhan ,Nasa'i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

Semua amal ibadat dan perbuatan taat ,mempunyai pahala dan ganjaran tertentu dan terbalas ,yang akan diterima oleh seseorang sesuai dengan amalannya .

Adapun puasa yang dilakukan dengan ikhlas menurut tuntutan syarak ,pahalanya besar dari kurnia dan rahmatNya ,Yang Maha Pemurah lagi Penyayang .

Puasa ibarat perisai ,dinding dan benteng ,kerana dapat melindungi pelakunya dari kelemahan rohani dan jasmani .Puasa menjadi sumber kekuatan cita cita ,kehendak dan kemahuan .Puasa sebagai sumber yang memancarkan kekuatan agama dan penambahan kekuatan sinar di dalam batin .Selain dari itu ,puasa menjadi sumber kekuatan dan kesihatan jasmani serta menambah lemah lembut dan kehalusan budi pekerti serta akhlak .

Manafaat puasa telah diakui oleh ahli ahli perubatan apabila puasa itu dilakukan menurut ketentuannya dan dengan ikhlas .

Hadis qudsi tersebut memberikan petunjuk dan bimbingan kepada orang yang berpuasa ,untuk melaksanakan adab dan tatacara puasa yang ikhlas dan bernilai tinggi .

a-Memelihara lidah dan anggota lainnya daripada perbuatan dan tindakkan yang tidak semestinya dilakukan oleh orang yang beribadat contohnya :mengucapkan perkataan perkataan kotor ,mencela ,memaki ,memfitnah dan sebagainya .

b-Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam pertengkaran apalagi perkelahian .Apabila tanpa disengaja hampir terlibat dalam perkelahian ,hendaklah ia segera ingat dan mengingatkan orang lain dengan baik ,bahawa dirinya sedang berpuasa .Puasa yang baik memerlukan adab sopan dan tatasusila serta kusyuk ,tawaduk ,ketenangan serta ketenteraman batin .

c-Hendaknya orang yang berpuasa menjaga diri dengan sepenuh daya dan upaya agar puasanya sempurna ,bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga ,tapi berpuasa dalam erti menahan diri dari hal hal yang diharamkan ALLAH SWT dan tidak diredhaiNya .

d-Kedudukkan orang yang berpuasa itu itnggi nilainya di sisi ALLAH SWT .Mulut orang yang berpuasa ,akibat perut kosong dan mulut sering tertutup kerana kurang bicara ketika berpuasa ,mempunyai kedudukan yang khusus di sisi ALLAH SWT .Kelak di hari kiamat baunya lebih wangi dari kasturi .Tidak semua yang tidak disenangi manusia itu tidak berfaedah ,kadang kadang sesuatu yang kita anggap mudah dan remeh ,namun di sisi ALLAH agung dan utama

e-Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan ,kegembiraan di dunia dan kegembiraan di akhirat .

Kegembiraan di dunia adalah ketika berbuka puasa dan ketika selesai ibadah puasa ,di waktu hari raya Aidil Fitri .Pada saat itu ia merasa kerana ALLAH SWT telah memberinya taufik untuk dapat menunaikan ibadah suci itu kerana telah dapat menyelesaikan ibadat itu dengan sempurna dan kerana telah lulus dari cubaan dan ujian hawa nafsu ,terutama pada siang hari .

Kemudia kegembiraan di dkhirat ,ialah ketika bertemu dengan ALLAH ,ketika ia mengetahui bahawa ketaatan dan ibadahnya diterima dan ketika menerima balasan pahala yang telah dijanjikanNya .

Demikianlah kesimpulan hadis qudsi di atas
Wallahu A'lam Bissawab

sumber rujukkan hadis qudsi


PEMBAHAGIAN HATI MANUSIA


 
~*PEMBAHAGIAN HATI MANUSIA*~

Hati manusia terbahagi kepada empat jenis :-

1. Hati yang bersih/hidup
Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya Ilahi yang memancar

2. Hati yang tertutup/mati
Hati orang yang engkar terhadap keesaan Allah SWT, iaitu hati orang kafir

3. Hati yang terbalik
Hati orang yang tahu tetapi engkar,melihat tetapi sengaja buta,yakni hati orang munafik

4. Hati yang terdedah/terbuka pada dua keadaan
Hati orang yang ada iman dan juga nifak, tetapi orang itu akan sepertimana antara dua ini yang lebih kuat

* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
" Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya
dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian. Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati ".

Dan tidak ada sesiapa pun yang boleh terjamin bebas dari memiliki penyakit hati atau terkena kesan penyakit hati orang lain, kerana seperti sabda Rasullulah SAW.

" Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik ".

Sebagai informasi peribadi: -

- Marilah kita berusaha membentuk hati yang bersih/hidup dengan melakukan amal-amal kebaikan serta berbaik sangka kepada sekelian mahluk dialam dunia ini. Berusaha membuat penilaian setiap perbuatan, tingkahlaku, pertuturan, perlaksanaan urusan dan perkara-perkara yang melibatkan kehidupan kita.

Ketenangan Hati


 
~*Ketenangan Hati*~

Carilah tiga hatimu di ke_3 tempat,yaitu :

1. Hatimu ketika mendirikan sholat
2. Hatimu ketika membaca Al_qur'an
3. hatimu ketika mengingat akan mati

tetapi jika tidak ditemui hatimu di ke_3 tempa ini.

maka,berdo'alah kepada Alloh agar diberikan padamu sekeping Hati.
Supaya kamu dapat menjalankan 3 amalan tadi dengan tulus ikhlas n tawadhu


******************************************************
pesan Imam Al Ghazali,dalam mencari hati.

" carilah hatimu di tiga tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

BILA WAKTU telah MEMANGGIL


 
~*BILA WAKTU telah MEMANGGIL*~

Bagaimana kau merasa BANGGA akan dunia yang SEMENTARA
Bagaimana kah bila SEMUA HILANG dan pergi MENINGGALKAN DIRIMU

Bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia dipenuhi dengan Hiasan
SEMUA dan SEGALA YANG ADA akan kembali pada_NYA

BILA WAKTU telah MEMANGGIL teman sejati hanyalah AMAL
BILA WAKTU telah TERHENTI teman sejati tinggalah SEPI

Pahala Membaca Al-Quran


~*Pahala Membaca Al-Quran*~

Perkongsian pada hari ini adalah mengenai balasan/pahala/kebaikan yg Allah beri kepada sesiapa yg membaca Quran


Ibnu Mas'ud berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (Alquran ), ia akan mendapatkan satu kebaikan yang nilainya sama dengan 10 kali ganjaran (pahala). Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf."

(HR Tirmidzi). Hadis dari Ibnu Mas'ud ini diperkuat dengan hadis serupa dari Abi Sa'id.

aku: Maha Pemurah, Allah yang maha Agung, Allah yang maha memberi rezki...

Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”

(Riwayat Ahmad)


Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

(Al-A'araf 7:204)

Subhanallah...hanya mendengar sahaja boleh memperoleh rahmat...Sesungguhnya Allah itu maha memberi Rahmat....

==========

Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia.

UJUB



 
~*UJUB*~

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)


Banyakkan Kebaikkannya


 
~*Banyakkan Kebaikkannya*~

ALLAH SWT berfirman dalam hadis qudsi :

"Sesungguhnya hamba-hamba yang paling cinta kepadaKu ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa"

(hadis qudsi riwayat Ahmad dan Tarmizi dari Abu Hurairah r.a)

Hadis ini menganjurkan orang yang berpuasa untuk segera berbuka setelah diketahui matahari benar-benar telah terbenam ,baik puasa wajib iaitu puasa di bulan ramadhan dan puasa nazar ,ataupun puasa sunat .

Berkenaan dengan ini kita dapati beberapa hadis Nabi SAW antara lain :

"Manusia sentiasa dalam kebaikkan apabila ia segera berbuka puasa"

(hadis riwayat Bukhari Muslim dari Sahl bin Sa'd)

"Umatku akan sentiasa dalam kebaikkan selama melambatkan sahur (hingga dekat waktu imsak) dan menyegerakan berbuka puasa pada waktunya"

(hadis riwayat Ahmad dari Abu Zar)

"Agama akan senitasa nampak syiarnya selama orang islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya) sebab orang-orang yahudi dan nasrani melambatkan-lambatkannya "

(hadis Abu Daud dari Abu Hurairah)

Dalam hadis qudsi yang berkaitan dengan puasa antara lain :

"Kebajikan itu sepuluh kali ganda dan Aku tambahi lagi kejahatan (hanya dihitung) satu sahaja dan Aku akan hapuskan .Puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya .Puasa itu adalah perisai dari siksaan ALLAH ,laksana senjata perisai terhadap pedang"

(hadis qudsi riwayat Baghawi)

"Puasa itu adalah perisai terhadap api neraka dan bagiKulah puasa itu ,akulah yang akan membalasnya .Orang yang meniggalkan nafsunya ,meniggalkan makan dan minum kerana Aku .Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu (kelak di akhirat) lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau kasturi"

(hadis qudsi riwayat Baghawi Tabrani dan Ahadan dari Basyir bin Khashashiyah)

Puasa itu perisai yang dengannya hambaKu terhindar dari api neraka .Puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya .Orang yang berpuasa meniggalkan makan dan minum kerana Aku .Dan demi jiwaku dalam kekuasaanNya ,sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau kasturi"

(riwayat Tabrani dalam al-Kabir ,Basyir bin Khashashiyah dari Abu Hurairah)


"Barang siapa yang menjaga dengan berhati-hati tiga perkara ,pasti dia berada di dalam perlindunganKu .Dan barang siapa yang menyia-nyiakannya ,ia adalah musuhKu .Ketiga perkara itu ialah solat ,puasa dan mandi junub"


(riwayat Baihaqi dari Hasan ,Mursalan dan Ibnu Najjar dari Anas r.a)


Adapun yang dimaksudkan dengan "menjaga ketiga-tiga perkara" tersebut ialah :


-Tekun melakukan solat pada waktunya dengan penuh khusyuk ,sempurna rukun ,syarat dan tata tertibnya

-Berpuasa dengan menjaga makan minum dan menjaga lidah dari dikotori dengan umpat maki ,perkataan-perkataan yang tidak sopan didengar serta menjaga anggota badan dari melakukan maksiat ,dosa dan sebagainya

-Membersihkan badan dengan mandi dari hadas besar ,haid ,nifas ,jimak dan keluar air mani yang menjadi syarat sahnya ibadat .

Semoga kita dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya ,seperti yang dikehendakiNya
Amin

sumber rujukkan hadis qudsi

SEBAB HATI MATI


 
 
~*10 Perkara yang di pandang ringan*~

SEBAB HATI MATI

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Dan cara untuk menghidupkan semula hati yang sudah mati
atau cara untuk mengelakkan hati daripada mati ialah dengan
perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikirullah atau solat dan ikhlas di dalam setiap amal

wallahhualam

inshaallah ...

Iblis Tak Nak Sujud Pada Nabi Adam


Bismillahir-Rahmanir-Rahim..

Iblis tak nak sujud pada Nabi Adam bukan tak nak sujud pada Allah. orang yang tak nak sujud pada Allah lebih jahat daripada iblis. ~Ustaz Azhar Idrus~

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah

Ibadah kita di tingkatan mana


 
~*Ibadah kita di tingkatan mana*~

Dalam Kalam Hikmah pertama Imam Ibnu Athaillah Askandary menyebut "Sebagian tanda berpegang(manusia)atas amal,ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan-kesalahan."


Pengertian Kalam Hikmah ini sebagai berikut:

Manusia sebagai makhluk Allah SWT ada 3 peringkat.

1. Tingkatan Al-'Ibaad.
Melakukan ibadah kepada Allah(melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) kerana mengharapkan balasan syurga dan berbahagia di dalamnya serta terlepas dari siksaan api neraka. Memohon kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan diselamatan dari berbagai mala petaka baik d idunia dan di akhirat.

2. Tingkatan Al-Muridin.
Melakukan ibadah dengan maksud untuk bagaimana sampai kepadanya Allah, bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka, semoga hati mereka dilimpahi rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah SWT.

3. Tingkatan Al-'Aarifin.
Meskipun hamba-hamba Allah diperingkat ini melakukan banyak ibadah, tetapi mereka tidak melakukan ibadah bertujuan seperti kedua-dua di atas. Tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka itu beramal, tetapi hati mereka hanya tertuju bahawa Allah SWT yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka tenggelam dalam lautan redha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha' yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Maksud berada ditingkatan pertama ialah apabila seseorang hamba itu melakukan maksiat dalam arti yang luas, seperti tidak menjalankan perintah Allah SWT, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah. Dan bila ia beramal,harapannya kepada Allah kuat dan bertambah jika amalnya bertambah. Tetapi bila amalnya berkurang , harapnya kepada Allah juga akan menurun dan berkurang.

Berada di tingkatan Al-Muridin, jika melakukan amal ibadah,hati merasa gembira. Kerana itu maka ibadahnya yang menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya. tetapi apabila ibadahnya berkurang, maka akan berkurang pula harapannya kepada Allah SWT. Inilah akibat apabila kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah.

Adapun, berada di tingkatan Al-'Aarifin, tingkatan yang mulia disisi Allah SWT, kita akan fana dan tenggelam di dalam qadar dan qadha' Allah. Hati hanya mengharap keridhaanNya dan takut padaNya. Tidak bertambah harapan kita kepada Allah dengan amal yang kita lakukan dan tidak berkurang taqwa kita kepadaNya disebabkan kesalahan yang dilakukan. Untuk sampai ketingkatan ini hanyalah dengan jalan "Mujaahadah" yakni harus memerangi hawa nafsu dengan latihan-latihan ilmu tasawuf dan mesti sentiasa mengingati Allah dalam apa jua gerak geri kita.


"Amalan berzikir perlu supaya hati tidak terpisah dengan Allah"

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya


 
 
~*Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya*~

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI


~*JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI*~

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI ….. BILA MENJELANG JUMAAT, TERASA MASA BERLALU TERLALU CEPAT … RASANYA BARU KELMARIN MENDENGAR KHUTBAH !

MAKA UMUR BERTAMBAH ….. BAKI USIA SEMAKIN KURANG ….. ENTAH BILA BERHENTI PERGERAKAN INI …. ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI …….. TEPAT PADA MASANYA IA BERLAKU …… TIDAK DICEPATKAN DAN TIDAK DILAMBATKAN !

MOGA SISA-SISA YANG MASIH BERBAKI INI TERISI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG LEBIH BERMAKNA ……… PERKARA-PERKARA YANG BUKAN DITINGGALKAN …… TETAPI PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBAWA BERSAMA ….. BEKALAN PERTIMBANGAN HARI PENGADILAN !

WALLAHUA’LAM.

10 hadiah Allah di dunia untuk orang yang bertakwa



~*10 hadiah Allah di dunia untuk orang yang bertakwa*~

Kehidupan orang-orang yang bertakwa sangat indah penuh keberkatan dan keuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’ apatah lagi di akhirat, sebagaimana digambarkanNya di dalam Al-quran:


1. Sentiasa mendapat petunjuk :
“Mereka itulah ( orang-orang yang bertakwa ) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung” ( Al-Baqarah: 5 )

2. Diberi penyelesaian daripada masalah :
“Dan sesisapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberi kepadanya jalan keluar”. ( At-Thalaq: 2 )

3. Dipermudah dalam segala urusan :
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya”. ( At-Thalaq : 4 )

4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga :
“ dan memberinya ( orang bertakwa ) rezeki dari sumber yang tidak terduga” ( At-Thalaq : 3 )

5. Dikasihi Allah ( dengan itu akan dikasihi malaikat dan manusia ) :
“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa”. ( Ali Imran : 76 )

6. Mendapat kebekatan dari langit dan bumi:
“Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. ( Al A`raf : 96 )

7. Mendapat keselamatan dari Allah : ‘
Dan kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa”. ( Al Fussilat : 18 )

8. Mendapat perlindungan dan pertolongan dari Allah:
“….dan bertakwalah kepadaAllah dan ketahuilah Allah bersama ( menolong dan melindungi ) orang-orang yang bertakwa” . ( Al-Baqarah : 194 )

9. Mendapat kemenangan:
“Sesungguhnya orang-orang bertakwa mendapat kemenangan”. ( An Naba` : 120 )

10. Diberikan Furqan ( petunjuk untuk membezakan yang Haqqu wal Batil (benar dan yang salah ) :
Jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya dia akan memberikan kepada kamu Furqan”.
( AlAnfal : 29 )

Kata Penulis:
"Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah akan menjanjikan kamu Jannah (Syurga) yang indah kepada kamu pada akhirat kelak. Sesungguhnya amalan orang-orang yang bertaqwa tidak akan sia-sia malah akan mendapat ganjaran yang besar di dunia lagi dan ditambah nikmatnya di akhirat. Dan Rugilah bagi sesiapa yang ingkar akan suruhan dan larangan Allah sesungguhnya Allah akan melaknati orang yang mengingkari suruhan dan laranganNya. Maka akan memberinya pembalasan dan azab yang pedih di dunia lagi dan akan ditambah keseksaan dengan azab yang lebih pedih di akhirat kelak di dalam neraka Allah di atas amalan-amalan mereka yang kufur..''

Maksiat!Bagaimana Mahu Meninggalkannya?


Maksiat!Bagaimana Mahu Meninggalkannya?

"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya) kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah SWT: "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur: Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1. Menjaga Mata: Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, seksi, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2. Menjaga Telinga: Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban/kejahatan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3. Menjaga lidah: Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar/berdebat/membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau/memperolok atau mengejek orang lain.

4. Menjaga perut: Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5. Menjaga Kemaluan: Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6. Menjaga Dua Tangan: Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7. Menjaga Dua Kaki: Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah SWT:

"Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya: Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah SWT bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah SWT Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh..

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W."

HIKMAH BERDIAM DIRI


~*HIKMAH BERDIAM DIRI*~

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunah
Yang hatinya didalam kealpaan
bagaimana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang akan diperbauat
Kadang-kadang memikirkan tuk menolong sahabat
Kadang-kadang dia merasa kebesaran SANG KHOLIK

Atau dia berniat tuk diam
Tidak mau berkata yang bukan-bukan,yang bisa membuat orang lain terluka
Kadang-kadang dgan diamnya
kalau dia berkata
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia berucap, takut-takut menyakiti melukai hati orang,
Atau dia diam , menghormati percakapan masukan orang,

Mungkin orang itu berkata baik dapat pelajaran hidup
Atau dia hendak mengenal orang yang berkata tsb
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu berkata
Dan mendengarkan saja,
Karena mau mengenal orang itu lebih dekat

Kadang-kadang dia diam tuk memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kealpaan dan kelalaian,
Yang telah dia lakukan supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu yang bermanfaat
Ataupun pelajaran yang pernah terlupakan

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Mengumpat (Ghibah)



~*Mengumpat (Ghibah) *~

Ghibah didefinisikan oleh Rasulullah SAW kita sebagai : membicarakan orang lain tentang hal, yang mana jika orang itu tahu dia tidak akan suka. Ada shahabat R.A yang bertanya : Kalau benar hal itu ada padanya bagaimana ya Rasulullah? Rasul menjawab : Ya itu lah ghibah namanya. Kalau tidak benar, itu adalah dusta.

Demikian kelebihan Rosul kita dalam menerangkan hal yang dalam dengan kata2 yang singkat.

Dalam Al-Qur'an Allah SWT mengharamkan Ghibah. Diumpamakan orang yang suka berghibah seperti orang yang memakan daging bangkai saudaranya. Naudzubillah. Tentu kita merasa jijik.

Kebiasaan meng-ghibah dimulai dari kebiasaan omong-omong kosong (laghwi), diiringi rasa dengki terhadap seseorang, suatu golongan, suatu bangsa, dll.

Jika manusia menyepelekan dosa ghibah, berarti manusia telah menghancurkan harkat kesucian dirinya. Kita berlindung kepada Allah dari bahaya Ghibah.

DOA BERBUKA PUASA



~*DOA BERBUKA PUASA*~

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah


 
 
~*Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah*~

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosa ku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku, sucikanlah hatiku serta perkukuhkanlah benteng keimanan aku dari mudah dirobohkan oleh syaitan durjana.Aamiin...


Optimakan Bulan Ramadhan


 
~*Optimakan Bulan Ramadhan*~

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Q.S. Al-Baqarah : 183)

Bulan Ramadhan, bulan suci nan penuh hikmah itu sedang kita jalani. Ia telah menghampiri kita dengan segenap kemuliaannya. Sebagai hamba Allah yang beriman sudah semestinya kita bersiap-siap menyambut kedatangannya sebagaimana Rasulullah saw selalu mempersiapkan diri untuk menjalani Ramadhan, bahkan dua bulan sebelumnya. Para sahabat selalu berdebar-debar menanti kedatangannya karena takut tak mendapatkan bulan mulia tersebut. Bahkan, kata Allah, jika saja seluruh manusia takut keutamaannya niscaya mereka menginginkan seluruh bulan itu adalah Bulan Ramadhan. Ramadhan merupakan bulan ‘obral’pahala, ‘diskon’dosa besar-besaran, dan ‘doorprize’lailatul qadar.

Hal-hal apa saja yang harus kita persiapkan menyongsong Ramadhan? Berikut ini beberapa rambu agar Ramadhan kita kali ini tidak terlewat begitu saja.

Pertama, anggaplah Ramadhan kali ini adalah kesempatan Ramadhan terakhir. Kehilangan momentum Ramadhan kali ini, berarti kita kehilangan momentum yang sangat berharga untuk kelanjutan kehidupan setelahnya. Tak ada manusia yang mengetahui batas usia yang Allah berikan.

Kedua, sebisa mungkin isilah Ramadhan dengan agenda yang jelas. Cantumkan langkah-langkah aktivitas yang harus dilakukan setiap hari, mulai bangun tidur, membaca dzikir setiap pagi hari, membaca Al-Qur’an, bekerja, shalat jamaah, dan sebagainya. Tujuannya agar kita lebih mudah melakukan evaluasi terhadap kuantitas ibadah yang dilakukan. Seperti ungkapan Amirul Mukminin Umar bin Khattab, “Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab pada hari kiamat.”

Ketiga, jauhi sikap menunda-nunda amal ibadah. Berusahalah sekuat tenaga tidak mengorbankan agenda kegiatan yang telah disusun. Sekali saja kita mengalah dan mengorbankan agenda tersebut, akan sangat mempengaruhi turunnya semangat untuk melanjutkan langkah mengisi bulan Ramadhan.

Keempat, tanamkan sikap untuk tidak mudah tunduk pada perasaan lelah dari mengerjakan amaliyah Ramadhan. Inti dari langkah ini adalah mujahadah melawan keinginan untuk tidak melakukan amal ketaatan dengan berbagai alasan.

Kelima, lakukan muhasabah dan evaluasi harian sebelum tidur terhadap amal yang telah dilakukan. Munculkan tekad untuk bisa melakukan yang lebih baik di hari selanjutnya.

Keenam, hindari pekerjaan yang terlalu berat di siang hari. Hal ini sangat wajar, karena bagaimanapun di bulan Ramadhan kita memiliki tingkat aktivitas yang padat di malam hari,dengan berbagai macam ibadah. Terlalu lelah, bisa mengakibatkan tubuh malas dan bisikan syaitan pun semakin mempunyai alasan untuk melemahkan fisik kita.

Ketujuh, sedapat mungkin putuskan atau kurangi melakukan aktivitas yang bernuansa hiburan, yang tidak memiliki kaitan dengan ibadah di bulan Ramadhan. Pandangan mata, pendengaran telinga, dan segala aktivitas lahiriah akan sangat mempengaruhi kualitas ibadah dan amal sholeh yang dilakukan.

Kedelapan, sering-sering dan perbanyak bertemu dengan komunitas dan lingkungan yang mengajak kita untuk mengingat Allah. Perbanyak shalat di masjid, perbanyak berdiskusi dengan rekan-rekan yang mengingatkan pada hal-hal yang bermanfaat. Bertemu dan bergaul dengan orang-orang shalih akan memberi suplai semangat dan tenaga baru dalam jiwa kita untuk melakukan ketaatan.

Kesembilan, hindari terlalu kenyang ketika berbuka puasa. Ini kondisi yang sangat sering terjadi bagi orang yang berpuasa dan ternyata merusak nilai puasa. Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menyebutkan, tidak ada wadah yang paling dibenci oleh Allah selain perut yang penuh dengan makanan halal.

Kesepuluh, tunaikan ibadah sunnah i’tikaf di masjid dalam sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan. Berusahalah untuk berada di masjid di waktu malam agar bisa lebih berkonsentrasi beribadah dan menghidupkan malam. Sesungguhnya sepuluh hari terakhir adalah detik-detik perpisahan kita dengan Ramadhan yang sangat mulia dan dirindukan, karenanya saat itulah kita harus lebih memanfaatkan sebaik mungkin.

Dengan memperhatikan hal tersebut, semoga Ramadhan kita kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik sepanjang sejarah Ramadhan yang pernah kita lewati

sumber : majalah tarbawi


Anda Tahu Islam Anda Bermasalah Bila...


 
~*Anda Tahu Islam Anda Bermasalah Bila... *~

01 - Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al-Quran atau Jihad adalah melalui bahan bacaan, CNN atau hanya di kaca TV.

02 - Bila semua perbualan anda dengan kawan-kawan hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/wanita anda atau filem, atau lelaki/wanita dalam filem sahaja atau banyak tentang artis dan juga perbualan-perbualan hal ehwal dunia yang tidak menguntungkan.

03 - Anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/kelab malam/pusat membeli-belah pada bulan Ramadhan dari berada di masjid.

04 - Anda mempunyai masa untuk menonton tiga filem seminggu, tetapi sukar untuk melakukan solat mengikut waktunya.

05 - Terjemahan Al-Quran anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.

06 - Anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.

07 - Anda tidak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam tentang sesuatu yang anda tidak faham tentang Islam.

08 - Anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.

09 - Anda merasakan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja, tetapi anda tidak merasa gerun.

10 - Anda masih boleh bangun untuk menerima panggilan telefon pada pukul dua pagi daripada membaca Al-Quran, berzikir atau menunaikan solat sunat Tahajjud.

11 - Anda sekadar memberi harapan untuk memasuki Syurga Allah, tetapi tidak bersungguh-sungguh dengan amalan yang anda telah lakukan, cuma sekadar mengharap kasih-sayang Allah.

12 - Bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berangan-angan dan berkata, "Aku harap..."

13 - Anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tidak rasa bahagia jauh di sudut hati dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).

14 - Bila berlakunya kejadian buruk atau sedih, anda merasa keseorangan, tiada tempat untuk mengadu kerana anda tidak merasa Allah bersama anda.

15 - Anda tidak mengingati Rasulullah s.a.w sekurang-kurang sekali sehari, jauh sekali dengan berselawat kepadanya.

16 - Rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.

17 - Kawan yang paling baik dan rapat dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukanlah isteri atau suaminya.

18 - Anda tidak mempunyai motivasi dalam diri untuk merubah cara hidup anda kepada yang lebih baik.

19 - Bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata, "Kau peduli apa? Jangan masuk campur dalam urusan aku!"

20 - Apabila mendengar bacaan Al-Quran, anda tidak merasa bersalah dan tidak merasa apa-apa pun dalam diri dan hati anda.

21 - Anda tidak pernah ambil peduli samada anda masuk ke Syurga atau Neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini dan anda bersikap sambil lewa sahaja.

22 - Anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh Profesor Philosophy anda di kelas walaupun kadang-kadang ianya bertentangan dengan prinsip Islam.

23 - Anda ingin menjelajahi seluruh dunia satu hari, tetapi Mekah tidak termasuk salah satu dari senarai negara yang ingin anda jelajahi.

24 - Keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda.

25 - Anda membaca horoskop dan mempercayainya, tetapi anda tidak pernah melakukan solat sunat Istikharah.

26 - Anda tidak pernah merasa menyesal di atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.

27 - Pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan umatnya dan anda membiarkan keadaan itu berlarutan.

Tanyalah diri kita dan nilailah setakat mana Islam kita.

Alangkah ruginya kita...

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah


 
~*10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah*~

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)

2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

SYAITAN BENCI ORANG YANG MEMBACA AL QURAN


 
 
~*SYAITAN BENCI ORANG YANG MEMBACA AL QURAN*~

1] Ketika anda MEMBAWA Al-Quran, respon syaitan biasa2 saja…..

2] Ketika anda MEMBUKANYA, syaitan mulai CURIGA...

3] Ketika anda MEMBACANYA, dia resah dan GELISAH...

4] Ketika anda MEMAHAMINYA, dia mula TERKEJANG-KEJANG..

5] Ketika anda MENGAMALKAN Al-Quran dalam kehidupan setiap hari. …Dia STROKE…

Kongsi2.. jangan simpan seorang2 sebab dengar cakap SYAITAN …سبحان الله

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke... Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya... Syaitan kata “JANGAN SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !” SEBAR2KAN LAH~~Jangan dengar bisikan syaitan. …والله أعلم


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


 
~*99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman*~

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

5 Keistimewaan Pada bulan Ramadhan


 
 
~* 5 Keistimewaan Pada bulan Ramadhan*~

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya."

(HR Ahmad)

Syurga Terdapat Pintu Dinamakan Al-Rayyan



Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

KELEBIHAN SAHUR & TAMAR



 
~*KELEBIHAN SAHUR & TAMAR*~

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:


· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur

8 Manfaat kurma bagi kesehatan tubuh Anda


 
 
~*8 Manfaat kurma bagi kesehatan tubuh Anda*~

1. Sembelit: Kurma juga dikenal sebagai obat pencahar. Oleh karenanya, kurma sangat bermanfaat bagi orang yang menderita sembelit.

2. Gangguan usus: Kandungan nikotinat dalam kurma konon bermanfaat untuk menyembuhkan segala jenis gangguan usus. Untuk mengontrol jumlah bakteri dalam usus, konsumsi kurma secara teratur.

3. Menjaga berat badan. Kurma adalah bagian penting dari diet sehat. Camilan manis ini mengandung gula, lemak, protein, dan vitamin esensial.

4. Jantung sehat: Kurma juga menjaga kesehatan hati Anda. Rendam kurma selama satu malam dan haluskan. Minum ramuan ini secara rutin dua kali dalam seminggu.

5. Lemah syahwat: Tak banyak yang tahu, kurma dapat meningkatkan stamina layaknya viagra. Rendam kurma di dalam susu kambing segar semalaman. Kemudian blend susu dan kurma sampai merata. Tambahkan kapulaga bubuk dan madu. Tonik ini bisa meningkatkan daya tahan seks dan menyembuhkan kemandulan akibat gangguan fungsional.

6. Diare: Kurma mengandung kalium yang bermanfaat untuk menyembuhkan diare. Selain mudah dicerna, kurma sangat ampuh untuk mengatasi masalah diare.

7. Mabuk: Kurma dikenal sebagai obat penawar alkohol. Untuk mendapatkan hasil maksimal, kurma harus digosok dan direndam dulu selama satu malam. Nah, Anda bisa memakai ramuan ini sebagai penawar alkohol.

8. Kanker perut: Kurma bekerja sebagai tonik yang bisa mengobati kanker perut. Selain tidak memiliki efek samping, kurma sangat mudah dicerna lho.

Kurma menjadi makanan khas yang menemani kita saat berbuka puasa. Selain enak dimakan, kurma juga digunakan sebagai obat. Enak dan berkhasiat!


Kepentingan Sedekah


~*Kepentingan Sedekah*~

Allah SWT telah berfirman betapa pentingnya kita bersedekah sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi...

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Al-Mujadila 58:12)


Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
(Al-Mujadila 58:13)

Subhanallah, Allah maha mengampunkan bagi mereka yang tidak mampu bersedekah...cuba muhasabah diri kita, adakah benar kita tidak mampu bersedekah walaupon sedikit? janganlah kita menyesal kemudian hari seperti firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
(Al-Munafiqoon 63:10)

Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang soleh...

Wallahua'alam..

Betapa Besarnya Kelebihan Ramadhan


~*Betapa Besarnya Kelebihan Ramadhan*~

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi,

dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap